Thursday 25 May 2017

Cara Menyambut Ramadhan

Just nak share Dari ustazah Norhafizah di IKIM.

● *Bila Ramadhan tiba sambutlah dengan sujud syukur..Tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita utk terus beribadah dibulan yang mulia ini*

● Bila bertemu dengan ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah *"Ramadhan Kareem*" dan orang yang mendengar menjawab  *"Allahu Akram"*
Maksudnya *"Ramadhan Mulia"* dan jawapannya *" Allah lebih Mulia"*

● Sambutlah Ramadhan ini dengan *wajah yg berseri-seri* tanda kegembiraan yg tidak terhingga dan berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan selalu berbicara dengan Allah walau dlm hati.
Contohnya...Ya Allah aku berpuasa ya Allah ... terimalah puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah.

● Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dengan bersih dan cantik kerana terlalu byk rahmat yg Allah hendak berikan di bulan yg mulia ini.

● Moga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang telah lalu...hiasilah diri dgn *AMALAN* dan *TAQWA*

*Ramadhan Kareem untuk sahabat semua*


*Maaf Zahir Batin*

No comments:

Post a Comment